Wednesday, 6 November 2013

Kerja - Kerja Konkrit

Kerja konkrit merupakan kerja yang perlu diberi perhatian semasa proses pembinaan. Sebelum kerja konkrit dijalankan, penyelia tapak perlu memeriksa keadaan acuan dan juga besi tetulang di dalamnya. Besi tetulang haruslah diikat dengan kemas dengan menggunakan binding wire 1.6mm. Keadaan acuan perlulah kukuh dan berada dalam keadaan pugak. Pihak kontraktor juga perlu meminta kebenaran untuk melakukan kerja - kerja konkrit daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Setelah mendapat kebenaran, penyelia tapak boleh membuat pesanan konkrit daripada pembekal konkrit siap tuang. Penyelia tapak perlu bijak untuk mengira jumlah konkrit yang diperlukan serta aturan jumlah konkrit serta waktu konkrit dihantar. Semasa kerja - kerja konkrit dijalankan, penyelia tapak haruslah meyediakan kren untuk memudahkan kerja - kerja penuangan konkrit. Keaadan alat penggetar konkrit serta bekalan petrol hendaklah mencukupi. Penyelia tapak perlu berbincang dengan pihak pekerja tentang kedudukan dan tugas pekerja untuk memastikan kerja tersebut berjalan lancar. Perkara pertama yang perlu dilakukan setelah konkrit tiba di tapak adalah melakukan ujian runtuhan kon. Ujian ini dilakukan untuk mengukur kebolehkerjaan konkrit. Ukuran yang dibenarkan adalah 75+/-25mm iaitu dalam lingkungan 50mm hingga 100mm. Sekiranya ukuran runtuhan tersebut melebihi ukuran yang dibenarkan, konkrit tersebut hendaklah ditolak dan dikeluarkan dari tapak bina. Selain dari ujian runtuhan kon, penyelia tapak juga perlu meyediakan kiub konkrit untuk ujian mampatan konkrit. Jumlah sampel kiub konkrit yang diperlukan adalah seperti berikut :

a) One sample per 10.0 m3 or every group of 10 batches for critical structures e.g.
prestressed concrete, masts, cantilevers, columns, footing, pile caps, shear wall,
retaining wall.
b) One sample per 20.0m3 or every group of 20 batches e.g. slabs, beams.
c) One sample per 50.0 m3 or every group of 50 batches e.g. raft foundation and
mass concrete.











No comments:

Post a Comment