Wednesday 6 November 2013

Kaedah Penyimpanan Bahan Binaan

Bahan binaan biasanya akan dipesan secara pukal atau rucit bergantung kepada keperluan dan keadaan bahan tersebut. Seorang penyelia tapak akan memastikan bahan binaan sentiasa mencukupi untuk memastikan projek berjalan dengan lancar. Bahan binaan seperti besi tetulang dan kayu boleh dipesan secara pukal mengikut keperluan keseluruhan projek. Bahan binaan seperti simen boleh dipesan secara runcit untuk mengelakkan bahan tersebut rosak. Semasa proses penerimaan bahan binaan, penyelia tapak perlu menyemak butiran bahan yang diterima yang biasanya akan dinyatakan dalam Delivery Order (DO). Setelah selesai proses penerimaan bahan binaan, penyelia tapak perlu menyimpan bahan tersebut di tempat yang sesuai untuk mengelakkan ianya rosak atau dicuri. Contohnya besi tetulang tidak boleh diletakkan terus di atas tanah. Ianya perlu disimpan di kawasan berbumbung dan dialas supaya tidak bersentuhan dengan tanah. Simen pula perlu di simpan di dalam stor dan di alas untuk mengelakkan ianya rosak ataupun mengeras. Bahan - bahan lain seperti paku, binding wire, petrol perlu disimpan di dalam stor dan dipantau penggunaannya. Penyelia tapak boleh menggunakan sistem FIFO ( First In First Out ) untuk memastikan bahan - bahan yang mudah rosak dapat digunakan secara efektif. Berikut adalah contoh amalan penyimpanan bahan binaan yang baik.

 Penyimpanan simen yang baik

 Penyimpanan besi tetulang yang tidak sesuai ( terdedah kepada tanah )

  Contoh kabin untuk menyimpan bahan binaan yang bersaiz kecil



 

1 comment:

  1. CASINOS LOS ANGELES, CA - JMT Hub
    J-TOURNEY LOS ANGELES CASINO HOTEL LOS 경주 출장마사지 ANGELES, 양주 출장안마 CA. (March 19, 2021) – A stay at J.TOURNEY 청주 출장안마 Hotel & Casino, has been upgraded to a 보령 출장안마 "Hotel of 광주광역 출장안마 the Month"

    ReplyDelete