Wednesday 6 November 2013

Proses Penuangan dan Pemadatan Konkrit

Konkrit siap bancuh hendaklah dituang dan dipadatkan dalam tempoh 2 jam dari masa yang tertera pada tiket. Sekiranya konkrit tersebut telah melebihi 2 jam, ianya akan ditolak dan akan dikeluarkan dari tapak bina. Semasa menunggu untuk dituang, konkrit tersebut tidak boleh ditambah air. Penyelia tapak harus memberi perhatian supaya perkara tersebut tidak berlaku. Seorang penyelia tapak yang baik akan memastikan aturan jumlah konkrit dan waktu konkrit dihantar dengan efektif untuk mengelakkan kerugian. Konkrit hendaklah dituang pada ketinggian tidak melebihi 1.5 meter untuk mengelakkan berlakukan pengasingan konkrit. Penuangan konkrit juga dilakukan lapisan demi lapisan dengan ketebalan 300mm hingga 450mm dan digetar secukupnya untuk memastikan tiada udara yang terperangkap. Pemadatan konkrit yang sempurna akan mengelakkan berlakunya kecacatan honeycomb. Konkrit juga hendaklah dituang secara berterusan untuk mengelakkan berlakunya construction joints yang tidak dirancang.Setelah selesai kerja - kerja konkrit, proses pengawetan konkrit berjalan. Proses pengawetan konkrit bermula seawal mungkin setelah konkrit mula mengeras. Proses ini perlu dilakukan sekurang - kurangnya 5 hari supaya konkrit dapat mengeras dengan sempurna. Proses pengawetan konkrit boleh dilakukan dengan meletakkan guni basah,lapisan kalis lembap, polyethlene, water ponding dan sebagainya.

 Penggunaan guni basah

 Water spray

 Lapisan kalis lembap

 Water ponding

1 comment:

  1. Casino Sites in Nigeria 2021 Reviewed & Rated
    List of all 코인 갤러리 recommended casino sites for 아프리카 영정 1 2021. All 해외 배팅 사이트 가입 recommended casinos will give you bonuses for new players. There are over 3000+ 블랙 벳 online w88 코리아 casinos with

    ReplyDelete