Thursday 7 November 2013

Ujian Konkrit

Terdapat beberapa ujian konkrit yang biasa dilakukan iaitu :

a ) Ujian Runtuhan Kon ( Slump Test)

Ujian ini dilakukan untuk menentukan kebolehkerjaan konkrit. Ianya perlu dilakukan setiap kali konkrit dihantar ke tapak bina sebelum konkrit dituang. Ujian ini menggunakan ferastem berbentuk kon setinggi 300mm, garispusat atas 100mm dan garispusat bawah 200mm. Konkrit dituang sebanyak 4 lapisan dan setiap lapisan dihentak dengan 25 kali hentakan dengan menggunakan rod besi berukuran 600mm panjang dan berdiameter 16mm. Kon diangkat dan runtuhan diukur. Ukuran yang dibenarkan adalah 75+/-25mm.







b) Penyediaan Kiub Konkrit

Sampel disediakan mengikut jumlah konkrit yang dibekalkan pada hari kerja - kerja konkrit dijalankan. Sekurang - kurangnya 6 biji sampel diperlukan dan keperluan akan bertambah mengikut keperluan. Saiz kiub yang digunakan adalah 150mm x 150mm x 150mm. Konkrit akan dituang sebanyak 3 lapisan dan setiap lapisan akan dihentak sebanyak 35 kali hentakan. kiub tersebut akan dilabel dan dibuka selepas 24jam. Ianya akan dimasukkan ke dalam tangki yang dipenuhi air untuk proses pengawetan.



c) Ujian Mampatan Konkrit

Ujian ini dilakukan untuk menentukan kekuatan sebenar konkrit. Ianya akan diuji pada 7 hari dan 28 hari setelah konkrit dituang. Saiz dan ukuran berat kiub konkrit akan diukur sebelum ujian dilakukan. Kiub konkrit akan diletakkan di dalam mesin ujian mampatan dan dikenakan beban yang telah ditentukan sehingga gagal. Keputusan ujian ini akan disimpan sebagai bukti gred konkrit yang digunakan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment